바카라사이트

Strategi Baccarat – Main Baccarat Seperti Pro

Seperkara adalah pasti – tidak ada satu pun strategi Baccarat yang boleh menjamin kemenangan anda. Sesiapa yang mendakwa bahawa mereka telah memecahkan kod Baccarat, mereka mungkin penyokong Trump yang gemar memarahi kanak-kanak yang bermain di laman mereka atau “pakar” yang tidak mempunyai modal yang cukup untuk menyokong teknik dan kemahirannya. Walaupun tiada satu strategi yang terunggul, masih ada beberapa peraturan yang boleh anda gunakan untuk memudahkan permainan Baccarat anda.

Bagaimana untuk bermain baccarat secara strategis?

Bagaimana Untuk Bermain Baccarat – Peraturannya Dijelaskan

Pertama sekali – belajar mekanik permainan. Pastikan anda tahu peraturannya, bagaimana kad diedarkan serta nilai kad-kad yang dimainkan. Adalah membosankan jika anda cuba mempelajari kesemua butiran kecil seperti bila pemain akan kekal dan bila banker akan bertaruh, tetapi anda perlu memahami sepenuhnya apa yang sedang berlaku jika anda mahu bermain dengan wang sebenar.

Walaupun Baccarat sentiasa dikaitkan dengan pemain dengan taruhan tinggi, adalah mudah untuk memenangi permainan ini. Sebenarnya, Baccarat mungkin merupakan permainan kasino yang paling mudah dan terus terang. walaupun kelihatan berprestij, ianya sama sahaja seperti lambungan syiling. Sebaik sahaja anda mempelajari terma dan jenis taruhan yang ada, anda boleh terus bermain. Untuk memastikan yang anda bersedia untuk satu pusingan permainan baccarat yang serba anggun ini, berikut adalah kursus singkat tentang bagaimana untuk bermain Baccarat.

Kasino Baccart Online Yang Disyorkan

my Pemain Malaysia diterima

1,400 MYR 6/6
Main
6,888 MYR 6/6
Main
$150 6/6
Main

*18+ tertakluk terma & syarat

Baccarat dimainkan pada meja besar yang berbentuk seperti ginjal, ini boleh memuatkan sehingga 12 pemain, 2 dealer dan 1 caller. Di hadapan setiap pemain, terdapat dua ruangan – Pemain dan Banker. Setiap pemain akan meletakkan taruhan mereka sebelum kad diedarkan dan memilih sama ada taruhan mereka akan diletakkan tangan kad Pemain atau Banker. Terdapat juga pilihan ketiga – Seri. Jika tangan kad Pemain dan Banker mempunyai nilai yang sama, anda boleh memilih opsyen ini. Versi Baccarat yang dimainkan di kasino di Amerika dikenali sebagai Punto Banco, yang bermaksud Pemain dan Banker. Selepas semua pemain telah meletakkan taruhan mereka, Pemain dan Banker masing-masing akan diberikan dua kad. Tangan kad yang menang adalah yang bernilai paling dekat dengan 9. Jadi, jika tangan kad Pemain bernilai 8 dan tangan kad Banker pula adalah 3, yang menang adalah tangan kad Pemain. Ini bermakna yang semua yang bertaruh pada tangan kad Pemain akan dikira menang. Jika kedua-dua tangan kad adalah seri, mereka yang bertaruh pada Seri akan menang.

Yang Baik, Buruk dan Taruhan Pemain – Taruhan Baccarat Yang Perlu Dibuat Dan Yang Perlu Dihindari

Langkah pertama untuk menang adalah untuk mengelakkan taruhan Seri. Bukan kami tidak sukakannya, tetapi jika anda bertaruh pada tangan kad di mana peluang menang kasino adalah 14%, ianya bukan langkah yang bijak. Seterusnya, anda perlu mempelajari peluang menang dalam permainan. Walaupun ianya kelihatan mudah dengan hanya taruhan Pemain dan banker, ada peluang menang yang berbeza bagi kedua-dua ini :

taruhan baccarat

*Taruhan Banker akan dikenakan komisen jadi pastikan jumlah ini sebelum meletakkan taruhan.

Taruhan Banker

Dengan peluang menang yang lebih tinggi, taruhan Banker sepertinya pilihan yang paling munasabah ketika merancang strategi Baccarat anda. Pakar baccarat akan menasihati anda untuk menaruh wang anda pada tangan ini kerana ianya dianggarkan mempunyai peluang menang sebanyak 50% – salah satu sebab mengapa kasino menambah komisen 5% di atasnya. Walaupun komisen ini ditambah, ia masih menjadi pilihan utama ramai pemain – baik bagi pemain pemula ataupun pro. Pakar juga akan mengesyorkan supaya anda tetap bertaruh pada Banker sehingga waktu ianya kalah kerana ia mempunyai peluang menang yang lebih baik dan anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya satu pusingan selepas kekalahan Banker sebelum beralih ke taruhan Pemain.

Satu perkara yang perlu sentiasa diingati adalah yang meja panas / sejuk dan barisan menang / kalah adalah mitos semata-mata. Ianya timbul dari kepercayaan buta penjudi yang selepas keputusan sama yang berturut-turut, keputusan yang bertentangan pasti akan berlaku. Ini tidak semestinya dan setakat ini, tiada apa-apa yang dapat membuktikan dakwaan ini, jadi cuba untuk mengelakkan diri dari kepercayaan seperti ini.

Keputusan Kombinasi Kebarangkalian Pulangan taruhan Banker Pulangan taruhan Pemain Pulangan taruhan seri 8 ke 1 Pulangan taruhan seri 9 ke 1
Banker menang 2,2922,252,566,437,888 0.458597 0.435668 -0.458597 -0.458597 -0.458597
Pemain menang 2,230,518,282,592,256 0.446247 -0.446247 0.446247 -0.446247 -0.446247
Seri 475,627,426,473,216 0.095156 0 0 0.761248 0.856404
Jumlah 4,998,398,275,503,360 1 -0.010579 -0.012351 -0.143596 -0.048440

*Peluang Menang Baccarat

Taruhan Pemain

Walaupun pertaruhan Banker biasanya dianggap sebagai pilihan yang lebih baik, ianya akan kelihatan agak berbeza apabila anda menggunakan strategi. Memandangkan ada komisen pada taruhan Banker, ianya kurang menguntungkan apabila anda menggunakan janjang. Katakanlah, anda sedang bermain mengikut peraturan Martingale – anda menggandaduakan pertaruhan anda selepas setiap kerugian. Selepas empat kerugian berturut-turut pada taruhan 10 unit, anda telah kehilangan 150 unit (10 + 20 + 40 + 80).

Anda bertaruh pada Banker sekali lagi dan kali ini anda bertaruh sebanyak 160. Akhirnya, anda menang dan jumlah kemenangan anda adalah 304 unit. Itu merupakan 160 modal ditambah dengan 160 dari kemenangan, tolak komisen 5%. Jumlah keseluruhan adalah 310 (10 + 20 + 40 + 80 + 160) yang bermaksud bahawa walaupun anda telah menang, anda belum mengambilkira kerugian anda dan disebabkan oleh janjang negatif dan komisen taruhan, jadi kerugian bersih anda adalah 6 unit. Ketiha bertaruh pada tangan Pemain pun ianya akan memberikan keuntungan 1 unit yang dijangkakan, iaitu 10, walaupun ada kekalahan berturut-turut. Walaupun kemungkinannya lebih rendah, itulah pilihan yang lebih baik ketika bermain dengan strategi.

Taruhan Seri

Baccarat dikenali sebagai permainan kasino dengan kelebihan kasino yang paling rendah, bagaimanapun, taruhan Tie akan mengubah reputasi ini. Taruhan Banker disarankan kerana kelebihannya yang rendah, iaitu sebanyak 1.06%, Taruhan Pemain juga merupakan pilihan yang baik dengan kelebihan kasino hanya sebanyak 1.26%. Tetapi, taruhan Seri mempunyai kelebihan kasino yang cukup tinggi – 14.4%, yang sememangnya mengejutkan, dan adalah menentang logik jika anda bertaruh padanya. Sememangnya, ia bukan satu pilihan yang bijak untuk meletakkan wang anda pada taruhan yang mempunyai kurang dari 10% peluang menang dan kemungkinan pulangan semula hanya 14 unit untuk setiap 100 unit yang ditaruhkan. Inilah sebabnya perkara yang paling logik adalah untuk mengelakkannya dan bermain seolah-olah ianya tidak wujud. Taruhan Seri adalah sesuatu yang hanya membantu taruhan anda untuk melangkah masuk ke pusingan seterusnya. Jika anda mengikuti kemenangan berturut-turut, abaikan sahaja kemenangan taruhan Seri.

Penggunaan Sistem Taruhan Dalam Baccarat – Ianya Berguna Jika Berkesan

Beberapa strategi yang digunakan dalam permainan meja kasino dan kad lain juga boleh digunakan untuk Baccarat. Strategi mudah seperti D’Alembert dan yang lebih kompleks seperti sistem Labouchere dapat memenuhi tujuan anda untuk meningkatkan peluang menang anda dalam permainan Baccarat. Sistem janjang positif seperti Parlay dan Paroli atau janjang negatif juga digunakan oleh pemain. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan sistem taruhan popular seperti perkembangan Fibonacci atau sistem 1-3-2-6, baca lebih lanjut mengenai strategi taruhan Baccarat pada halaman khusus kami.

Janjang Positif

Janjang positif dianggap kurang menjejaskan jumlah modal anda berbanding sistem taruhan janjang negatif. Kedua-duanya perlu membantu anda memaksimumkan kemenangan anda jika anda mendapat kemenangan secara berturut-turut dan akan mengurangkan jumlah kerugian akibat kekalahan yang berturut-turut. Secara teorinya, ia masuk akal dan adalah mungkin untuk menang lebih banyak dalam satu siri kemenangan berturut-turut dan ianya kurang menjejaskan modal anda jika ianya kekalahan yang berturut-turut. Janjang positif tidak mempengaruhi peluang anda untuk menang atau kalah, dan secara umumnya ia tidak berisiko sama sekali.

Sistem Janjang Negatif

Janjang negatif adalah bertentangan dengan sistem janjang positif dan sebenarnya boleh membahayakan modal taruhan anda. Pada dasarnya, mereka mengagak yang anda perlu meningkatkan taruhan anda selepas setiap kerugian dan mengurangkannya selepas setiap kemenangan. Pada pandangan pertama, ianya kelihatan seperti logik dan adalah mudah untuk melihat mengapa beberapa penjudi akan tergoda untuk mencuba sistem ini. Teorinya adalah apabila anda meningkatkan pertaruhan anda, kemenangan anda akan cukup besar untuk menampung kerugian anda.

Melihat lebih dekat kepada bagaimana ianya berfungsi akan mendedahkan semua masalah yang berkaitan dengan amalan taruhan sedemikian. Terdapat risiko yang sangat nyata, dan ini adalah yang anda akan kehabisan wang, terutama sekali jika anda gemar menggandakan jumlah taruhan anda . Di samping itu, terdapat had pertaruhan kasino yang perlu anda pertimbangkan – walaupun wang anda cukup untuk mengekalkan pertaruhan, had taruhan itu akan menghalang anda daripada meletakkan taruhan yang cukup besar untuk menampung kerugian anda. Kecuali anda berpengalaman dan tahu apa yang anda lakukan, sistem sedemikian boleh bertukar menjadi bencana.

Strategi Taruhan Mendatar

Tidak seperti sistem janjang positif dan negatif di mana anda perlu mengubah jumlah taruhan anda, strategi taruhan mendatar untuk Baccarat bermakna anda akan meletakkan taruhan yang sama berulang kali dalam setiap pusingan permainan anda, tidak kira sama ada anda kalah atau menang. Pendekatan ini dianggap memberi untung kepada pemain berikutan risiko yang lebih rendah sekiranya berlaku kekalahan. Tetapi bagaimana untuk menang dengan menggunakan strategi taruhan mendatar? Cara terbaik untuk mendapatkan keuntungan dari strategi pertaruhan mendatar adalah dengan menentukan dengan tepat tangan kad mana yang akan menang, dari Banker atau Pemain, dengan ketepatan lebih daripada 50%. Walaupun cara ini berkesan dalam meminimumkan risiko, ia tidak akan menjamin kemenangan besar. Ianya berguna jika anda masih lagi sedang membiasakan diri dengan permainan ini dan tidak pasti akan peraturannya.

Apakah kebaikan menggunakan sistem pertaruhan mendatar dan bukannya janjang negatif atau positif?

Sekiranya anda berminat dengan cara-cara untuk mengalahkan pihak kasino, taruhan mendatara adalah satu-satunya cara untuk melakukannya tanpa risiko kerugian lebih banyak wang daripada yang anda mampu. Pakar Baccarat menasihatkan untuk tidak menggunakan janjang negatif dan masih lagi ragu-ragu dengan janjang positif juga, jadi adalah lebih baik untuk tidak mengejar strategi lain jika anda boleh mendapatkan kelebihan dalam permainan menggunakan sistem taruhan mendatar. Ia tidak akan menjamin kemenangan pasti tetapi ia merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan peluang menang anda, jika anda berjaya meramalkan keputusan setiap pusingan. Walaupun anda tidak berupaya berbuat demikian, anda tidak berisiko kerugian besar.

Pusingan Menang/Kalah Taruhan Keputusan
1 Menang $1 + $1
2 Menang $1 + $2
3 Menang $1 + $3
4 Kalah $1 + $2
5 Kalah $1 + $1
6 Kalah $1 0

*Contoh Taruhan Mendatar

Pengiraan Kad Dalam Baccarat – Hampir Tidak Mungkin Tetapi Boleh Dilakukan

Pengiraan kad telah mendapat tempat dalam permainan Blackjack sejak Edward E. Thorp menerbitkan bukunya “Beat The Dealer” pada 1964. Ini satu kaedah yang telah terbukti membawa kemenangan yang cukup lumayan bagi para pemain yang telah berjaya menggunakannya untuk mengalahkan sistem blackjack. Namun, bukan hanya pemain yang mempelajarinya – kasino juga mula menyedari sistem ini dan kini meja-meja blackjack diawasi dengan ketat, dengan pengira kad yang disyaki diminta meninggalkan premis atau dihalang daripada bermain. Tetapi, para penjudi ini tidak akan membiarkan kemahiran mereka sia-sia jadi mereka mula menggunakannya pada permainan seterusnya di mana mereka boleh terus mengasah kemahiran mereka – Baccarat.

Ya, pengiraan kad Baccarat wujud dan ianya mungkin juga alasan kepda mengapa Baccarat seperti menggantikan blackjack sebagai permainan kasino yang paling popular. Walaupun secara teori, anda boleh mengalahkan sistem Baccarat dengan mengira kad, kelebihan yang anda dapat adalah begitu kecil sehinggakan ianya dianggap tidak berbaloi, memandangkan betapa rumit daripada pengiraan kad bagi baccarat berbanding permainan 21 itu. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masa dan dedikasi untuk mencuba dan mempelajarinya, kami mempunyai panduan pengiraan kad Baccarat lengkap untuk membantu anda.

Bonus 600 MYRPembayaran: 72 jamTuntut Bonus

*Tertakluk terma & syarat

Pengurusan Wang Adalah Penting

Jika anda mengambil keputusan untuk menggunakan sistem janjang, anda perlu mengawal ketat bajet anda. Mana-mana sistem yang memerlukan anda untuk meningkatkan atau menggandakan pertaruhan anda adalah perangkap dan anda akan mengalami kesukaran untuk keluar darinya kelak. Apa pun sistem yang anda gunakan untuk bermain baccarat dalam talian di kasino online kegemaran anda sama ada Paroli, Martingale, Parlay atau mana-mana yang lain, jangan sekali-kali menghabiskan lebih banyak wang daripada yang anda sudahpun anda tentukan. Baccarat adalah permainan berasaskan peluang, anda tidak boleh meramalkan jika anda akan menang atau kalah. Jangan mengejar kerugian anda dan ingat peraturan unggul ini – berhenti ketika anda masih di hadapan.

  • MasterCard
  • Visa
  • Skrill
  • PayPal
  • ApplePay
  • PaySafeCard
  • Neteller
  • Entropay
  • Fast Bank Transfer
  • Bank Wire
  • Cheque

Rancang belanjawan anda – tentukan jumlah taruhan anda dan putuskan had taruhan anda. Jika anda mahu membuat taruhan sebanyak $ 10, peruntukkan $200 modal taruhan dan jika anda kehilangan semuanya, tinggalkan ia seadanya. Ambil sedikit masa sebelum sesi seterusnya. Adalah bagus untuk meninggalkan meja kasino sebagai seorang pemenang tetapi perjudian secara semula jadi tidak dapat diramalkan. Strategi terburuk adalah mengejar kerugian anda atau mempercayai fakta salah yang anda dengar tentang perjudian seperti:

Berseronok Sambil Mengekalkan Kawalan Adalah Strategi Terbaik

Kesemua ini adalah salah faham yang merupakan tanda perjudian kompulsif. Kita, sebagai manusia, mempunyai naluri membenci kerugian tetapi kita harus menerima hakikat bahawa dalam permainan yang ketat seperti baccarat, peluang dan nasib adalah faktor penentu. Hentikan bermain apabila anda menghabiskan modal taruhan anda, tanpa mengira sama ada anda menang atau kalah dan berikan diri anda sedikit masa sebelum anda kembali bermain. Jika anda menang, bahagikan kemenangan anda kepada separuh dan separuh sahaja untuk terus bermain. Walaupun anda kalah dengan taruhan separuh daripada jumlah kemenangan tadi, anda masih lagi akan mempunyai sekerat daripada keuntungan itu. Ingat bahawa perjudian sepatutnya menjadi aktiviti yang menghiburkan – nikmati aspek keseronokan dan sosial itu dan sentiasa kawal modal taruhan anda. Itulah strategi yang akan sentiasa berfungsi.


Main sekarang
Back to Top 바카라사이트 바카라 사이트 카지노사이트 카지노사이트 카지노사이트 카지노사이트 바카라사이트